Berdoa itu...
bukan hanya seusai solat,
dan apabila berkehendakkan hajat,
atau apabila bertemu musibah.
Doa adalah
zikir hrian yang dilakukan di mana-mana,
dalam apa jua situasi,
semasa berhias diri, memandu,bekerja,
berjalan-jalan ataupun menziarah rakan.
Biar apa pun keadaan kita,
sentiasa ada doa yang sesuai diucapkan.
Berdoalah...
semoga kita sentiasa dirahmati olehnya,
dan semoga segala permohonan kita
akan tercapai jua...
apabila kita memulakannya
dengan sepotong doa paling mustajab... "Bismillahirrahmanirahim"
dan disudahi dengan ucapan paling tulus...
Amin, Ya Rabbal 'Alamiin."